Wednesday, July 22, 2009

Di sini terukir kata-kata

Ramai..
ramai yang ku kenal..
memohon ingin membaca penulisan daku...

TIDAK..
itu jawapan daku pada mereka..

Ini adalah tempat di mana daku ingin mengukir kata-kata saya pada Allah Yang Penyayang, Kekasih Sejati.

Ini adalah tempat di mana daku ingin meluahkan isi hati di mana ada orang yang mendengarnya..

Daku tidak mahu nama daku terpampar di tempat hasil karya mereka hanya kerana mereka ingin menghiasi tempat mereka..

TIDAK!
Jika anda tidak ingin memahami saya.
Jika anda tidak ingin mengetahui saya..

YA!
Daku mementingkan diri sendiri, kerana daku sudah penat terlalu memikirkan orang lain tanpa mengirakan diri sendiri
Dakusombong kerana daku sudah penat dengan mereka yang BERPURA-PURA hanya sekadar menjaga dan mengambil hati...

Di sini terukir kata-kata hati daku..

Sejujurnya..
daku mungkin nampak bising..
daku mungkin nampak peramah..
daku mungkin nampak betah berkata-kata..
daku mungkin nampak ramai kawan..

TIDAK!

KENALAN? Ya..
KAWAN? Ya..
RAKAN? TIDAK..
SAHABAT? TIDAK...

SAHABAT adalah orang sentiasa ada dalam apa jua keadaan kita dan kita tahu di mana mahu mencarinya. SAHABAT daku ialah KELUARGA daku..

Mereka di sekeliling daku? Mereka sendiri tentukanlah mereka ingin menjadi apa pada daku..

Kerana itulah, daku bersahabat dengan diri sendiri dan mengukirnya di sini..

Ya Allah Al-Wahid, yang Maha Esa, kurniakan lah daku sahabat di mana beliau atau mereka boleh ke hadapan daku dan menyatakan, EMMA SOFIA, daku/kami ingin menjadi SAHABAT mu dalam apa jua keadaan agar selepas ini daku mampu berkongsikan ukiran kata-kataku bersama semua.

No comments:

Post a Comment