Monday, July 6, 2009

Ke mana hala tuju mereka?

Apabila penulisan ini mula berkata-kata, segerompolan gadis remaja sedang berkelah di hadapan rumahku.

Mereka menjerit.
Mereka melalak.
Mereka menghilai.

Mereka adalah pelajar sekolah di sekolah lama ku.

Melihat mereka, terkenang diriku pada masa lalu.

Adakah aku seperti mereka dahulu?

Berpakaian sekolah, berkain senteng, menyinsing lengan dan bertudung singkat.

Ya! itulah aku dahulu.

Seorang budak remaja perempuan yang hanya menjalani kehidupan rutinnya tanpa hala tuju setiap hari.

Ingin menjadi seorang doktor, jurutera, seorang yang berprofesional dan mempunya kerjaya yang hebat. Itu semua hanya angan-angan.

Ke sekolah hanya kerana mereka yang lain ke sekolah.

Semalam aku keluar bersama kanda dan ayahanda ku ke Shah Alam untuk makan tengahri.
Kami melalui beberapa buah sekolah.
Kanak-kanak sekecil sekolah rendah sudah gayanya seperti remaja sekolah menengah.

Berkeliaran di tepi jalan raya.
Berpakaian tidak kemas.
Duduk melepak di pinggiran jalan di kala matahari di atas kepala.

Mereka..
Mereka itu anak-anak melayu.

Apabila daku melihat mereka,
benak daku memikirkan,
pernah atau tidak mereka memikirkan bahawa merekalah satu hari nanti akan berada di menara jaya gading seperti daku?
pernah atau tidak mereka memikirkan satu hari nanti apakah bentuk kehidupan mereka?
pernah atau tidak mereka penat lelah ibu dan ayah mereka berkorban untuk kehidupan mereka?
jika ibu atau ayah mereka sudah tiada, tidak berjasakah mereka?
jika ibu dan ayah mereka sudah tidak ada, tidak inginkah mereka merasakan bahawa ibu dan ayah mereka akan berbangga akan kejayaan mereka?

argh!
salah siapakah semua ini????
kenapa anak bangsa aku begini?
salah guru-gurukah?
salah ibu bapa kah?
salah abang-abang kah?
salah kakak-kakak kah?

Argh!
fikiran daku sesak!
sesak seperti lebuhraya persekutuan..
ini bukan masalah daku!
peduli apa daku dengan semua perihal ini???

TIDAK!!!!
kerana daku tidak mahu adik-adik daku seperti mereka..
kerana daku tidak mahu anak-anak daku seperti mereka...

Daku sedar akan tanggungjawab ini,
daku sedar akan peranan ini,
daku sedar akan realiti hidup ini,
daku ada wawasan hidup...
daku lah sebagai kakak perlu ke sekolah itu semula...
memberi dorongan terhadap mereka...
agar mereka tahu hala tuju kehidupan ini..
agar mereka tahu BANGSA sebenar mereka..
agar jangan kerana BANGSA ini telah tercemar, AGAMA ku juga tercemar..

daku sedar setelah tercampak keluar ke dunia sebenar.
daku sedar setelah cemburu melihat kejayaan orang lain.
daku mengisafi dan kesal akan kehidupan lalu.

Andailah segerompolan gadis remaja ini sedar, mereka sudah pasti tidak akan terlewat seperti daku...

Ya Allah Al-Muhaimin, Maha Pengawal dan Pengawas, Engkaulah yang dapat mengawal bangsa dan agamaku daripada tersasar jauh dari hidayah-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Al-Muwassir, Maha Pembentuk.

No comments:

Post a Comment