Wednesday, July 22, 2009

Di sini terukir kata-kata

Ramai..
ramai yang ku kenal..
memohon ingin membaca penulisan daku...

TIDAK..
itu jawapan daku pada mereka..

Ini adalah tempat di mana daku ingin mengukir kata-kata saya pada Allah Yang Penyayang, Kekasih Sejati.

Ini adalah tempat di mana daku ingin meluahkan isi hati di mana ada orang yang mendengarnya..

Daku tidak mahu nama daku terpampar di tempat hasil karya mereka hanya kerana mereka ingin menghiasi tempat mereka..

TIDAK!
Jika anda tidak ingin memahami saya.
Jika anda tidak ingin mengetahui saya..

YA!
Daku mementingkan diri sendiri, kerana daku sudah penat terlalu memikirkan orang lain tanpa mengirakan diri sendiri
Dakusombong kerana daku sudah penat dengan mereka yang BERPURA-PURA hanya sekadar menjaga dan mengambil hati...

Di sini terukir kata-kata hati daku..

Sejujurnya..
daku mungkin nampak bising..
daku mungkin nampak peramah..
daku mungkin nampak betah berkata-kata..
daku mungkin nampak ramai kawan..

TIDAK!

KENALAN? Ya..
KAWAN? Ya..
RAKAN? TIDAK..
SAHABAT? TIDAK...

SAHABAT adalah orang sentiasa ada dalam apa jua keadaan kita dan kita tahu di mana mahu mencarinya. SAHABAT daku ialah KELUARGA daku..

Mereka di sekeliling daku? Mereka sendiri tentukanlah mereka ingin menjadi apa pada daku..

Kerana itulah, daku bersahabat dengan diri sendiri dan mengukirnya di sini..

Ya Allah Al-Wahid, yang Maha Esa, kurniakan lah daku sahabat di mana beliau atau mereka boleh ke hadapan daku dan menyatakan, EMMA SOFIA, daku/kami ingin menjadi SAHABAT mu dalam apa jua keadaan agar selepas ini daku mampu berkongsikan ukiran kata-kataku bersama semua.

My spotlight has been stolen and they have forgotten about it

Indescribably!

Geramnye!

IT IS MY BIRTHDAY!!!!!!!!!!!!!!!

* Membuka playlist MP3 and menyarungkan headphone, lalu memasang dengan volume terkuat sekali*

Tahu tak...bila hari jadi seseorang, ia ingin sesuatu yang boleh dikenang.
Benda manis boleh dikenang!
Bukan benda yang menyakitkan hati..

Yes! I am grateful to Allah Al-Kabir, the Greater, because of Him, I am still alive.
Yes! I am grateful to my family, because they acknowlegde me..
Yes! I am grateful to the life that I have now..
Yes! I am grateful to the people who appreciate and respect others..

But...
this small influential virus around me, has spoilt my day.

Yes! I am thankful there are there to make it happening..
BUT HELL THEM THAT THEY DO NOT THINK ABOUT PEOPLE FEELING!!!

You know, it's someone's precious moment!!! YOU &%$#@!~!!!!!!
GIVE A CHANCE!
YOU DON'T HAVE TO STEAL ALL THE SPOTLIGHT TO YOUSELF!

When your time comes, YOU MAKE CONQUER THE WHOLE FAME!!
Ambillah sepenuhnya. Nak buat pekasam pun, silakanlah..I DON'T GIVE A DAMN whatever happens. BUT WHEN IT'S SOMEONE's MOMENT, RESPECT!!!!!

HELLO! I DON'T GIVE A %^*&$# if none of people that I know do not wish my BIRTHDAY. I DON'T GIVE A #$@*^ if NONE of people I know DON NOT give a birthday present...

because...

I am happy that my family remembers and loves me..
I am happy because people who I love still remember and wish my birthday..
I am happy because I am still breathing..
I am happy because I can still pray to God..

Whatever it is, I won't let this group of gila popularity virus affects me!...

Ya Allah Al-Hakim, Sesungguhnya Engkaulah yang dapat menghakimi sesuatu yang terjadi. Aku dapat merasa Engkau tidak meredhai hari daku. Dengan rendah diri dan hina, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Pengampun, Engkau ampunilah kelalaian daku. Ya Allah Yang Pelindung, Engkau lindungilah daku dari segala musibah dan juga kecelakaan agar daku tidak alpa dan lupa terhadap ke-Esa an mu Ya Rabb dan sentiasa di dalam ketaqwaanmui.Engkaulah Allah Yang Maha Kaya Rezeki, padamu daku ucapkan kesyukuran di atas segala rezeki yang telah Engkau kurniakan. Engkau kekalkan dan limpah luahkan rezeki ya Allah Al-Bai'th.

Ya Allah Al-Muhyi, Engkau lindungi dan rahmatilah keluarga dan sahabat handai daku yang banyak mengenang dan membantu daku dalam memahami erti hidup ini.

Monday, July 6, 2009

Ke mana hala tuju mereka?

Apabila penulisan ini mula berkata-kata, segerompolan gadis remaja sedang berkelah di hadapan rumahku.

Mereka menjerit.
Mereka melalak.
Mereka menghilai.

Mereka adalah pelajar sekolah di sekolah lama ku.

Melihat mereka, terkenang diriku pada masa lalu.

Adakah aku seperti mereka dahulu?

Berpakaian sekolah, berkain senteng, menyinsing lengan dan bertudung singkat.

Ya! itulah aku dahulu.

Seorang budak remaja perempuan yang hanya menjalani kehidupan rutinnya tanpa hala tuju setiap hari.

Ingin menjadi seorang doktor, jurutera, seorang yang berprofesional dan mempunya kerjaya yang hebat. Itu semua hanya angan-angan.

Ke sekolah hanya kerana mereka yang lain ke sekolah.

Semalam aku keluar bersama kanda dan ayahanda ku ke Shah Alam untuk makan tengahri.
Kami melalui beberapa buah sekolah.
Kanak-kanak sekecil sekolah rendah sudah gayanya seperti remaja sekolah menengah.

Berkeliaran di tepi jalan raya.
Berpakaian tidak kemas.
Duduk melepak di pinggiran jalan di kala matahari di atas kepala.

Mereka..
Mereka itu anak-anak melayu.

Apabila daku melihat mereka,
benak daku memikirkan,
pernah atau tidak mereka memikirkan bahawa merekalah satu hari nanti akan berada di menara jaya gading seperti daku?
pernah atau tidak mereka memikirkan satu hari nanti apakah bentuk kehidupan mereka?
pernah atau tidak mereka penat lelah ibu dan ayah mereka berkorban untuk kehidupan mereka?
jika ibu atau ayah mereka sudah tiada, tidak berjasakah mereka?
jika ibu dan ayah mereka sudah tidak ada, tidak inginkah mereka merasakan bahawa ibu dan ayah mereka akan berbangga akan kejayaan mereka?

argh!
salah siapakah semua ini????
kenapa anak bangsa aku begini?
salah guru-gurukah?
salah ibu bapa kah?
salah abang-abang kah?
salah kakak-kakak kah?

Argh!
fikiran daku sesak!
sesak seperti lebuhraya persekutuan..
ini bukan masalah daku!
peduli apa daku dengan semua perihal ini???

TIDAK!!!!
kerana daku tidak mahu adik-adik daku seperti mereka..
kerana daku tidak mahu anak-anak daku seperti mereka...

Daku sedar akan tanggungjawab ini,
daku sedar akan peranan ini,
daku sedar akan realiti hidup ini,
daku ada wawasan hidup...
daku lah sebagai kakak perlu ke sekolah itu semula...
memberi dorongan terhadap mereka...
agar mereka tahu hala tuju kehidupan ini..
agar mereka tahu BANGSA sebenar mereka..
agar jangan kerana BANGSA ini telah tercemar, AGAMA ku juga tercemar..

daku sedar setelah tercampak keluar ke dunia sebenar.
daku sedar setelah cemburu melihat kejayaan orang lain.
daku mengisafi dan kesal akan kehidupan lalu.

Andailah segerompolan gadis remaja ini sedar, mereka sudah pasti tidak akan terlewat seperti daku...

Ya Allah Al-Muhaimin, Maha Pengawal dan Pengawas, Engkaulah yang dapat mengawal bangsa dan agamaku daripada tersasar jauh dari hidayah-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Al-Muwassir, Maha Pembentuk.