Monday, November 9, 2009

Aku adalah tulang rusuk siapa?

10hb 10 2010.....

Hari jadi Ayahanda ke 70..

Adakah Allah Al-Mujib, Yang Maha Pengkabul , akan mengijap kabulkan daku bersama seorang lelaki yang akan hidup bersama daku hingga ke akhirat?

Namun, siapa?

Siapa tuan badan daku?

Sudahkah daku bersedia?

Bersedia untuk memikul tanggungjawab.
Bersedia untuk berkhidmat.
Bersedia untuk berjuang.
Bersedia untuk berkorban.

Kekasih lama?
Oh tidak sama sekali...
tidak mahu daku bergelumang di dalam dosa lagi..
sudah daku tekad taubat nasuha.

Kekasih gelap?
Oh tidak daku tahu sama sekali..
Adakah kami akan dijodohkan?

Kekasih hati?
Oh Tidak berani untuk daku meluahkannya..

Siapakah orangnya?
Siapakah yang akan menerima daku?
Siapakah yang akan membimbing daku?
Siapakah yang akan memahami daku?
Siapakah yang akan menjaga daku?
Siapakah yang akan membahagiakan daku?
Siapakah yang akan hidup senang bersama daku?
Siapakah yang akan memberi jaminan syurga padadaku?

Siapakah orangnya?
Siapakah yang akan daku terima?
Siapakah yang akan daku dijadikan teman berbual?
Siapakah yang akan daku memahami?
Siapakah yang akan daku bahagiakan?
Siapakah yang akan daku menjadi tulang belakangnya?
Siapakah yang akan daku uruskan hidupnya?

Oh Allah Al-Wajid, Yang Maha Penemu, jodoh daku terletak di tanganMu. Namun, Kau makbulkanlah doa Ayahanda dan doaku untuk di ijab kabul kan di hari lahir nya yang ke 70. Temukanlah jodoh daku secepat mungkin agar hati ini tidak lagi gundah gelana memikirkan ketentuanMu yang tidak dapat dijangka. Hanya padaMu Allah Ak-Muqtadir daku memohon.


Oh Ajal..Oh Maut

Sekian lama daku tidak membersihkan sawang-sawang di tempat luahan perasaan ini..
Kini tergerak jari jemari ini menari-nari rentak lagu irama idea dari kepala..

Sedang aku kusyuk menyediakan kelengkapan untuk ke medan perang esok untuk perang Apply Statistic, teman sebilik daku menerima berita kematian bapa sahabatnya.

Aku diberi input bahawa bapa sahabat itu masih muda dan sihat walafiat telah pergi menghadap Allah Yang Maha Esa tanpa sebarang kata.

Aku yang mendengar. Tergamam

Lagu Exits - Untukmu Ibu berlaungan...

*Menghelakan nafas panjang..hurm...*

Dalam masa yang sama, telefon bimbitku mengegarkan diri.
Satu kiriman berbunyi, " Your success is very important to your future. Doa for yourself every solat. I pray for your success."

Aku menoleh ke arah gambar pengirim, Ayahandaku.

Beliau lah pembakar semangat daku.
Beliau lah tempat mengadu daku.
Beliau lah yang menjadi tonggak kejayaan daku.
Beliau lah segala-galanya..
Beliau kini sudah menjangkau 69tahun..

Adakah khabar yang daku dengar sebentar tadi akan berlaku pada daku juga?

Oh Allah Yang Maha Kuasa. Tidak!! Daku tidak sanggup menerima berita sedemikian rupa. Aku berdoa memohon padaMu lanjutkanlah usia semua ahli keluarga daku yang tercinta sehingga sekurang-kurangnya anak-anak daku sudah membesar seperti dinda bongsu daku. Daku tidak bersedia ingin melepaskan mereka kepada Kau Ya Allah Sesungguhnya Kaulah Maha Pencipta.

Namun, Ajal dan Maut itu ditanganMu Ya Allah Al-Mumit, Yang Mematikan.

Ajal itu tidak mengenal masa, maut itu tidak mengenal saat dan detiik
Ajal itu tidak mengenal siapa, maut itu tidak mengenal jantina.
Ajal itu tidak mengenal tempat, maut itu tidak mengenal dimana-mana.
Ajal itu tidak mengenal wang, maut itu tidak mengenal status.
Ajal itu tidak mengenal bangsa, maut itu tidak mengenal warna kulit.
Ajal itu tidak mengenal agama, maut itu tidak mengenal kepercayaan.
Ajal itu tidak mengenal pahala, maut itu tidak mengenal dosa.
Ajal itu tidak mengenal hubungan, maut itu tidak mengenal saudara.
Ajal itu tidak mengenal usia, maut itu tidak mengenal umur

Oh Ajal Oh Maut..
Yakinkah esok kamu tidak akan datang?

Oh Ajal Oh Maut
Yakinkah bukan sebentar lagi kamu tidak akan datang?

Oh Ajal Oh Maut
Yakinkah bukan dalam sesaat ini kamu tidak akan datang?

Oh Ajal Oh Maut
Bagaimana dapat daku tahu kamu akan datang?

Oh Ajal Oh Maut
Bilakan akan daku tahu kamu akan datang?

Oh Ajal OhMaut
Janganlah kamu datang menjemput keluarga daku sehingga daku betul-betul bersedia.
Kerana masih terlalu banyak ingin daku curahkan kepada mereka.
Biarlah sehingga keluarga daku bersatu dalam kasih sayang dan keredhaan Allah serta setelah mereka mendapat cahaya hidayah Allah Yang Maha Mulia.