Sunday, August 23, 2009

10 keajaiban dibulan Ramadhan

1) Dibulan Ramadhan, jemaah yang datang solat di Masjid, Masya-Allah, melimpah luah. Sampai kena tambah saf di luar. Alhamdulillah. Kalau bukan di bulan Ramadhan, haram nak penuh 1 saf pun susah.. Yang tak pernah pergi , entahlah apa nak dikata.

2) Dibulan Ramadhan, ayat famous - ' Woi, tak pergi terawih ke? ' , Terawih itu seperti wajib. Kalau bukan di bulan Ramadhan, TIDAK ada ayat famous - ' Woi, tak pergi solat jemaah ke?'.. Yang tak pernah jemaah, entahlah apa nak dikata.

3) Dibulan Ramadhan, semua nak berada disaf depan. Kalau bukan dibulan Ramadhan, datang paling lewat.. Yang tidak pernah masuk masjid, entahlah apa nak dikata.

4) Dibulan Ramadhan, semua berkonvoi ke masjid. Kalau bukan dibulan Ramadhan, sekor-sekor datang..Yang tidak pernah datang, entahlah apa nak dikata.

5) Dibulan Ramadhan, duduk diperkarangan masjid untuk mencari calon isteri/suami. Kalau bukan dibulan Ramadhan, duduk diperkarangan masjid main gitar/mengumpat.. Yang tidak pernah duduk di masjid, entahlah apa nak dikata.

6) Dibulan Ramadhan, perasaan membuak-buak kena sekurang-kurangnya banyak membaca Al-Quran kalau tak khatam pun. Kalau bukan dibulan Ramadhan, haram sehari satu baris ayat pun tak ada.. Yang tidak pernah baca, entahlah apa nak dikata.

7) Dibulan Ramadhan, ada yang dapat khatam Al-Quran tapi baca saja baru. Tafsir dan makna belum baca lagi. Kalau bukan dibulan Ramadhan, ala kadar la kita membacanya.. Yang tidak pernah faham, entahlah apa nak dikata.

8) Dibulan Ramadhan, semua hendak bersedekah. Kalau bukan dibulan Ramadhan, kedekut bukan kemain.. Yang tidak pernah bersedekah, entahlah apa nak dikata.

9) Dibulan Ramadhan, semua memohon ampun dan maaf agar ibadat yang mereka jalankan mendapat keberkatan. Kalau bukan dibulan Ramadhan, tidak memohon ampun dan maaf pun tidak mengapa.. Yang tidak pernah memohon ampun dan maaf, entahlah apa nak dikata.

10)Dibulan Ramadhan, semua berpuasa dari lapar, berpuasa dari membeli-belah, tidak. Kalau bukan dibulan Ramadhan, jarang berpuasa sunat, berpuasa membeli-belah wajib sebab nanti tak cukup wang untuk makan.. Yang tidak pernah berpuasa, entahlah apa nak dikata.

Bagi mereka yang tidak memahami keistimewaan bulan Ramdhan, mereka akan menganggap perbuatan 10 keajaiban dibulan Ramadhan ini adalah satu keistimewaan. Ibadah itu sepatutnya dilakukan dibulan bukan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sepatutnya memperbanyakkan ibadah yang sememangnya banyak dilakukan dibulan-bulan bukan Ramadhan.

Wednesday, August 19, 2009

Kasih Takziah untuk Awe

20hb Ogos 2009, jam 12.3opagi..

~buzz! dari YM daku.. dari kanda MPP daku, Abang..

aik? heran abang ni buzz malam2 buta ni..
tak mungkin benda penting..kalau tak, mesti sudah sms...

tidak apa..pergi mandi dahulu..

kemudian membalas YM
- yosh abang..
-salam..
-nape abang?
* abang baru dapat message dari uteh ni..

tak sempat baca reply abang, pergi solat sunat dahulu..

kemudian membalas YM
- message uteh?
-kenapa??
-ada apa?
-mengapa?
-bagaimana?
* uteh message, mak awe meninggal tadi pukul 11.30
-haaa???
-shit 'Astaghfirullahal'azim, shit perkataan pertama yg aku sebut kemudian baru innalillah. '
-haa? nape xde orang bagitahu chema pon??
*........reply dari Abang

Daku terus mencapai handphone dan sms pada Alang, Ucu dan Ayie sebab kalau-kalau mereka sudah hendak bergerak ke tempat Awe.

Alang respon, di kk2, nape?
* Sah orang tua ni tak tahu*
-Alang, mak Awe meninggal pkul 11.30 tadi, Uteh gtau Abang

Ucu respon, kk4..
* Budak ni tahu ke tak ni?*
-Ucu tahu tak pasal Awe?
Ucu respon, tak..kenapa dgn Awe?
- Uteh kata Mak dia meninggal jam 1130 tadi. Nak pergi lawat dia tak?
Ucu respon, Ucu kena kuarintin kt kk4 ni.
* Paiseyh budak ni. Tak jaga kesihatan pula dah*

Ayie masih belum ada respon.

Sementara itu, daku terus dail no Ude and Akak.. mereka sudah tahu.

Alang telefon, suruh siap segera untuk ke tempat Awe dan cari seorang lagi perempuan.
Daku call ude, chezu, angah and achik..
Semua nya tidak dapat ikut..

Di saat terakhir, angah setuju utk ikut bersama..
Bergeraklah kami berempat, daku, Angah, Che Di dan Alang..

Kami tiba di rumah Awe lebih kurang jam 7pagi. Tapi Awe kata, jenazah diuruskan di rumah mak saudaranya. Apabila Awe datang jemput kami dirumahnya, daku tidak dapat memandang terus kepadanya. Sungguh sayu wajahnya.

Setiba sahaja dirumah ibu saudaranya, Baba Alias iaitu ayah Awe sudah berada diperkarangan rumah. Daku dan Angah tidak langsung turun keluar dari kereta. Kami menunggu sehingga Alang dan Che Di selesai bersalaman dan berpelukkan bersama Awe.

Apabila kami turun, Awe menyapa kami. Daku menyampaikan kiriman salam takziah dari keluarga MPP dan beberapa kenalan UMP. Wajahnya sayu. Oh! Hiba sungguh. Namun, air mata daku masih belum pecah.

Sebaik sahaja daku dan Angah ingin memulakan bacaan Yassin pada jenazah, air mata daku sudah bergenang.
Oh! Bermacam yang sedang berlegar dibenak daku.

Oh Awe.
Chema harap Awe tak berfikiran seperti yang Chema fikirkan.
Chema lihat Awe sangat tabah. Sudah tentu Awe tidak memikirkan apa yang fikiran negatif Chema ini lintaskan.
Chema lihat Awe sangat kuat. Walaupun Awe yang mengalaminya, namun Chema yang terover-over sedih akibat fikiran sensitif Chema..

Tapi Chema tak tahan sedih bila tengok Awe sebak bila mengalunkan bacaan Yassin pada jenazah.
Tapi Chema tak tahan sedih bila tengok Awe sebak bila mengiring jenazah.
Tapi Chema tak tahan sedih bila tengok Awe sebak mencium jenazah.
Sayu Awe..
Tapi Chema tak tahan sedih bila tengok besarnya kasih Awe terhadap Mama.
Tapi Chema tak tahan sedih bila tengok Awe mendakap dinda Syam dengan penuh kekuatan.

Melihat keadaan Awe sedih kehilangan orang tersayang, Chema merasakan seperti kehilangan Awe.
Sungguhpun kita hanya digelar adik-beradik sekadar keluarga MPP, namun hati Chema sudah menyayangi Awe seperti keluarga Chema sendiri. Begitu juga pada kakak2, abang2 dan adik2 yang lain.
Awe orang yang penuh riang dan gembira, kini berada dihadapan Chema dengan penuh kesyahduan.
Hilang Awe yang penyakat tapi muncul Awe yang jiwanya besar.

Awe memang tidak akan tahu akan kewujudan entry ini.
Namun Chema nak Awe tahu, pada malam ini, bumi pahang turut menitiskan air mata bersama tumpahnya air mata terhadap kesedihan Awe.
Namun Chema nak Awe tahu, biarpun kami ini bukan sesiapa pada Awe, kami tetap akan ada bersama Awe dalam apa jua keadaan.
Namun Chema nak Awe tahu, Awe seorang anak lelaki, adik lelaki dan seorang abang yang sangat kuat dan penuh kehidupan dalam jiwa Awe.
Namun Chema nak Awe tahu, Awe akan dapat meneruskan hidup ini dan mendapat kebahagian di syurga dan akhirat dengan keberkatan syurga terletak dibawah kaki ibu.
Namun Chema nak Awe tahu, Awe akan berjaya...

Awe mampu...
Sebab Awe adalah Awe...

Awe sexy.. =)

Salam sayang,
Chema..

p/s : Alang dan Che Di banyak membantu dalam persiapan pengurusan jenazah. Thanks bro.